CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 26, 2010

CINTA ALLAH...

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita 

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada 

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas 

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak 

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh 

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple 

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita 

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah 

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang 

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan 

dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi 

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi 

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya 

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang 

bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai 

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi 

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita 

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita 

ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu 

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat 

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki 

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna 

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. 

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula 

dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan 

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha 

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama 

bekerjasama untuk mencari redha Allah.. 

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan 

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang 

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh 

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun 

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada 

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang 

curang, suami yang curang..


Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang 

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita 

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta 

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang 

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si 

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, 

segala perkara yang kita cintai dan sayangi 

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. 

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita 

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita 

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu 

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh 

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri 

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam 

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa 

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa 

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta 

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza 

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah 

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, 

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta 

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang 

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan 

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak 

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau 

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau 

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang 

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap 

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat 

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna 

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil 

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si 

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...






Thursday, October 7, 2010

cinta tak perlukan sebab...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik .Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah...Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik tersebut... Kemudian si isteri bertanya kepada si suami...

Isteri : mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang menyintai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan menyintai sayang..

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh sayang saya sedangkan abang tak boleh terangkan sebabnya..

Suami : Betul ! Abang memang tak tahu sebab nya tapi abang boleh buktikan yang abang memang menyayangi dan menyintai sayang..

Isteri : Tak boleh beri bukti! Saya hendak abang terangkan sebab nya....

Si suami menarik nafas panjang dan berkata : Baiklah ! Abang menyintai sayang sebab sayang cantik..mempunyai suara yang merdu..penyayang dan mengingati abang selalu..Abang juga senyuman manis sayang dan setiap tapak sayang melangkah , disitulah cinta abang bersama sayang..

Si isteri tersenyum dah berpuas hati dengan penerangan suaminya.. Namun begitu selang beberapa hari si isteri terlibat dalam kemalangan dan koma... Si suami amat sedih dan berkata kepada si isterinya walaupun isterinya masih koma si suami tahu isterinya tetap mendengar...

Si suami berkata : Sayang!! Jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah kau bersuara? tidak!

Jika disebabkan igatan dan kasih sayangmu aku menyintaimu...sekarang bolehkan kau menunjukkan nya? tak boleh! Oleh itu aku tak boleh menyintaimu...

Jika disebabkan senyuman aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau senyum padaku? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu....

Jika disebabkan kaki mu melangkah aku menyintaimu...sekarang bolehkah kau melangkah? tidak! oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...

Jika cinta memerlukan sebab....Seperti sekarang ...Aku tidak mempunyai sebab untuk menyintaimu lagi...Adakah Cinta memerlukan sebab? TIDAK! Aku masih menyintaimu dulu, kini dan selamanya... dan cinta tidak perlu bersebab...Kadangkala perkara terbaik dan tercantik tidak boleh dilihat dan dipegang...tetapi boleh dirasai dengan HATI....

Maka menitislah air mata isteri yang sedang koma itu.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...