CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 1, 2011

hOt!!!!!!

im hOt rite now!!!!!!!
very2 hOt!!!!!!
this is my blog!!!!
i can write what i want!!!

jgn dengki yeeeeee...
klw nk buat yg lebih bagOs sile buat blOg sendiri....jgn nk cOmment je rety....
memang ak hangin laaaaaaaa....................

nah tips untOk manusia yg suka dengki!!!!!!!!
   

Selain ujub dan riyak seperti yang kita ketahui manusia memang mempunyai perasaan seperti  hasad dan dengki.Perasaan ini adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia.Namun perasan ini tidak ada pada Rasulullah SAW yang man hatinya telah dicuci semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan orang itu sedangkan orang yang berjaya tersebut bersusah payah berusaha untuk mencapai sesuatu. Kebanyakkan masalah ini timbul kerana adanya perasaan iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain.
Sebagai contoh didalam bidang perniagaan jika seseorang itu berjaya dalam perniagaan maka ada sahaja sangkaan yang tidak baik di lemparkan dan ada juga yang memarahi orang yang berjaya tersebut kerana adanya perasaan tidak puas hati.Walhal orang yang berjaya tersebut tidak berhutang atau melakukan kesalahan apa-apa kepada si pedengki.

Sebaiknya bawalah perasaan dengki yang wujud ke arah yang positif iaitu dengki tetapi ia di tukar sebagai semangat untuk lebih berjaya dari orang lain dan berusaha lebih kuat dari tidak buat apa-apa atau hanya hanya pandai berbual kosong menghabiskan masa di warung tidak kira malam atau siang.

Syeikh Abdulkadir Al Jailani telah memberikan beberapa panduan tentang bagaimana untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia.Dibawah adalah panduan dari beliau:

Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik dari kita. 

Ucapkanlah di dalam hati :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika kita bertemu anak kecil, 

Ucapkanlah di dalam hati :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika kita bertemu orang yang lebih tua, 

Ucapkanlah di dalam hati :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita  bertemu dengan seorang yang berilmu, 

Maka ucapkanlah di dalam hati:

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan seorang yang bodoh, 

Maka katakanlah di dalam hati :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan orang kafir, 

Maka katakanlah di dalam hati :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...